Formula Duit Keras

Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..

Wednesday, November 23, 2011

Kelab Kanak-Kanak Asma Dalam Utusan Malaysia-Mode Mega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...KELAB KANAK-KANAK ASMA


Ini le tajuk amat menarik ku baca diruang Utusan Malaysia Mode Mega hari ini.
Selesai saja aku membaca artikel KAKK tersebut aku terus bertanya kepada penganjur kelab tentang apakah faedah kelab ini kepada kanak-kanak asma dan keluarga.,


Info diberi memang menarik sebab kelab ini ditubuh khas utk kanak-kanak yang mengidap penyakit asma sahaja. Saya juga diberitahu bawa kanak-kanak ini akan diajar atau diberi taklimat bagaimana menjaga diri sendiri, keyakinan diri, tentang penyakit, tentang alam sekitar dan pelbagai lagi ditambah ramai yang terlibat dalam kelab ini adalah secara sukarela termasuk doktor , jururawat dan ibubapa dan sesiapa saja yang ingin memberi berkerjasama.


Kelab ini akan membawa kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti termasuk membuat kem setahun sekali. Yang pasti aktiviti yang dijalankan adalah amat menarik dan saya akan mendaftarkan anak saya ke kelab tersebut supaya dia memperolehi pengalaman yang baik dari kelab tersebut.


Yuran tahunan sekitar RM5/- setahun dan saya masih belum pasti kos-kos lain, sebab apa yang diberitahu kelab ini cuma sekadar untuk membantu ibubapa yang mempunyai kanak-kanak asma tentang pentingnya penjagaan dan pengetahuan tentang penyakit tersebut.


Tapi sayang sekali info lengkap saya tidak dapat upload disini, sy harap kawan2 yang ada keluarga yang berpenyakit asma berumur dari 0-18tahun amat lah baik jika mengikuti kelab ini. 


Kalau nak tahu ...beli le utusan malaysia tengok bahagian Mode Mega....



2 comments:

Iznie said...

macam menarik...nak kena baca lagi ni.... terima kasih mocsu.... :)

MOCSU said...

sama2 Iznie.sudi le lepak cnie selalu ye.tq