Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..

Sunday, November 20, 2011

Lokasi Menarik Untuk Cuti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Salam...

Cuti sekolah adalah paling best bagi budak sekolah....kenangan masa lalu menggamit kalbu. alam persekolahan yang begitu manis.

Bagi yang suka bercuti,..wah malaysia begitu banyak tempat dan lokasi yang menarik dan indah untuk dilawati. Malaysia tetap menjadi pilihan ramai org samada org luar atau org malaysia sendiri. so ayuh..jom kita jalan2 sambil bercuti di merata tempat di malaysia.

Nie negeriku tercinta...boleh datang bercuti di sini....ku perkenalkan kehebatan negeriku.harap semua sudi terjah ke cnie.




Pakej Percutian ke Sarawak akan membawa anda mengunjungi negeri Sarawak melihat tempat-tempat yang menarik. Sarawak bukan sahaja terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik tetapi merupakan antara negeri yang  bersih di Malaysia. Pakej Percutian ke Sarawak akan membawa anda ke lokasi paling masyur iaitu bandar Kuching. Memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sini. Antara tempat menarik melalui Pakej Percutian ke Sarawak adalah seperti berikut;


Kuching Waterfront merupakan tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat  air sungai yang tenang dan bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Di sana,  terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.

Bagi penggemar pencinta alam, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.




Pakej Percutian ke Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Ia juga digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching . Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Sarawak sekiranya anda mengambilPakej Percutian ke Sarawak. Jika anda mempunyai rakan atau saudara di sana bolehlah menumpang di rumah mereka. Di sana, anda akan merasai makanan masyarakat Sarawak yang unik.




No comments: