Formula Duit Keras

Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..

Tuesday, November 22, 2011

SEO UNTUK BLOG


Jom kita kongsi, mana tau apa yg korang tau leh bagi info kat aku gak.

Aku terjah blog kawan blogger yang banyak bagi info.....memang best sgt...tapi aku nie masih tak faham2 aper yg dia nak . Jadi aku cekaw jap info dibawa nie utk aku studi masa free, kalo nak kongsi boleh jugak..hehehe..nie bukan original le..ceplak nya..hahahhaha....tuannya info kasi amik dgn rela hati, so aku ucap terimakasih ye banyak.

Nak apa lagi..jom baca le dan amik info best nie tuk blog ko orang.

Apabila hendak daftar buat blog pada kali pertama, apa yang anda pikirkan.? Semestinya anda akan pikir apakah alamat blog yang anda rasa berkenan. Mungkin pada awal berblogging url blog dirasakan tidak penting, tetapi setelah lama sedikit dalam arena blogging ini, barulah diketahui pentingnya untuk mempunyai alamat blog yang bagus.



Ini kerana, alamat blog atau senang dinamakan url blog adalah salah satu faktor utama dan paling penting untuk SEO. Sebelum ini admin juga ada buat satu entri di blog unwanted untuk tips pemilihan url blog, dan anda boleh tengok point no 5 iaitu pemilihan url blog yang berkaitan.

Apabila memilih url blog yang betul, secara tidak langsung anda telah menggunakan teknik SEO samada anda sedar atau tidak pada permulaannya. Anda juga boleh tengok url blog tutorial ini, iaitu tutorialuntukblog. Walaupun sebelum ini admin juga ada buat tutorial di blog unwanted, kemudian admin sambung di blog ini. Tajuk yang admin pilih untuk blog ini memang untuk menjadikan lebih mesra SEO.




Niche blog boleh dikatakan sama sahaja dengan alamat blog dan url blog, tetapi perkataan niche ini biasanya digunakan untuk blogger yang menggunakan domain dan hosting sendiri.

Contoh?

Anda hendak buat blog berkaitan komputer, dan hendak mendapatkan trafik ke blog tersebut dengan menggunakan url yang sesuai,
so url yang mungkin bagus untuk SEO anda ialah; tipskomputer, tips-komputer, belajarkomputer, ilmukomputer. Jika url sebegini digunakan, kemungkinan untuk diindex di engin pencarian adalah lebih tinggi.




Bagaimana jika url sekarang tidak seperti yang dikehendaki.?

Tidak perlu bimbang dan tergesa-gesa. Kalau blog anda sekarang bukan url yang bagus, ada boleh tukarkan alamat blog, tetapi admin rasa tidak ramai yang sanggup lagi² jika url blog itu memang sudah ada maksud yang tersendiri. Admin juga sayang url unwanted86 apa dan admin tidak tukar pun.:)

Jangan bimbang kerana tidak semestinya faktor url blog sahaja untuk SEO ini, ada lagi faktor² lain yang berkaitan. Cuma kalau url 'kena' menguatkan lagi SEO anda. Tetapi jika url anda tidak begitu cantik, boleh guna lagi teknik² SEO yang lain. Jika url anda cantik, anda ada satu kelebihan.:)


No comments: