Hatiku Dan Hatimu Menjadi Satu Rasa...PannnnassssThank You Visit Me...Plz..come again..

Monday, December 5, 2011

TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK



WOW!!!!...menariknya tabung pendidikan untuk anak kita dgn pihak SSPN....
pada siapa yang pergi ke JOM HEBOH bukit jalil hari tu....tentu dah tau pasal skim tabung SSPN...amat berbaloi kalau menyimpan dgn sspn nie.

Tengok le....kebaikan dgn SSPN ...hehehe..info dapat dari web seorg blogger....sharing for caring...kan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...1) Mudah Tunai
Maksudnya, dengan hanya  mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.
2) Potongan Cukai
Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.
3) Perlindungan Insuran
Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan  “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.
4) Dijamin Kerajaan.
Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.
5) Geran sepadan
Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.
6) Boleh check akaun online
Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara onlin

No comments: